Dua watak utama terlibat menghilangkan Melayu di dunia
Watak No 1 Melayu marhaen, orang kebanyakan yang buta, pekak dan bisu. Masyarakat Melayu lazimnya tidak faham apabila perkara yang besar diremehkan. Dan mereka mudah terikut-ikut apabila perkara yang remeh diperbesarkan. Mereka tidak nampak gajah liar yang makan semua tanaman dan merosakkan semua pokok di kebun mereka. Apabila disuruh mereka melompat-lompat cuba memijak semut yang tidak kelihatan pun.
Watak No 2 adalah ahli politik Melayu tidak kira parti politik yang mana pun. Ahli politik Melayu tidak buta, bukan pekak dan sangat jauh daripada bisu. Ahli politik Melayu lazimnya perbesarkan perkara yang remeh. Dan mereka remehkan perkara yang besar. Mereka sedia faham orang kampong akan senantiasa segani mereka. Merekalah watak gajah liar yang boleh makan semua tanaman dan merosakkan semua pokok kepunyaan orang kampong. Mereka tahu orang kampong sangat takut gajah liar.
The views expressed are those of the writers and do not necessarily reflect those of MMKtT.